October 2, 2012

Swimming..I'll miss you

Amboi2...dah berhabuk lagi skali blog aku ni...alahai...selalu rasa berat hati dan berat jari nak menaip blog..kekangan masa mungkin?...ataupun kekangan idea?...ataupun dah memang malas nak update blog?...aku pilih yang kedua la...kekangan idea...huhuhu..

Tapi kali ni aku rasa terpanggil untuk menaip..yelakan, bila ada masalah baru nak taip..kalau time ceria or happy malas nak kongsi...haihh..buruk perangai betoi aku ni...So nak dipendekkan cerita ataupun diringkaskan, aku ada amek ko-k (kokurikulum) renang untuk semester kali ni...Ini pon atas permintaan bapak aku yang tercinta..beliau nak sangat aku belajar berenang...maklum la..aku ni bukan reti pon berenang..kalau kene campak kat laut, memang konfom aku lemas..hehehe..

Ok..berbalik kepada masalah yang aku alami sekarang ni, memang aku telah dinasihatkan oleh doktor supaya jangan berenang.."Syahir, I advised you to drop your ko-k subject"..untuk kebaikan aku jugak katanya sebab aku ada masalah "ear drum" yang menghalang aku untuk berenang...In case kalau air masuk, aku mesti rasa sakit...sakit tu takde la sakit sangat...cuma rasa macam mengganggu aje la kan rasa sakit tu..

So, aku pon terus mengambil langkah untuk berjumpa doktor di Pusat Sejahtera...Sebenarnya dulu2 pon aku dah pernah jumpa doktor mengadu pasal masalah ni, tapi doktor tu kata telinga aku just luka sikit..so, aku pon terima la..mungkin takde apa2..

Then tadi petang aku jumpa doktor, dia kata "ear drum" aku ada lubang, that's why la aku rasa sakit...so, begitu lah ceritanya...nampaknya memang aku terpaksa lah untuk drop subjek ni...dan lupakan tentang swimming...memang seronok kelas tu...sehari je masuk kelas tu aku dah pandai berenang...Hari kedua aku dicampakkan ke tempat dalam and manage not to drown...huhuhu....berenang free style, kupu-kupu dan kuak dada...semua itu cuma boleh dijadikan kenangan sahaja...at least aku dah pandai berenang...Terima kasih Ya Allah..aku sabar menghadapi ujian daripada-Mu.....walaupun sikit ilmu yang aku perolehi insyaAllah memberikan manfaat yang besar buat aku....