February 10, 2012

Air kau air aku jugak, air aku air aku la

Dah memang tabiat aku kalau orang beli air ke orang bancuh air ke...mesti aku pow punya...'pow' tuh dalam bahasa kasar or kuang hajaq...dalam bahasa lembut dan sopan santunnya ialah 'meminta'..Disebabkan aku nih bukanlah seorang ahli sastera or ahli debat so, aku guna bahasa kasor je la iaitu 'pow'....amende aku dok putar belit ayat yang sama nih..huh..~~~..

Memang aku suka pon buat tabiat macam nih...tambah2 lagi kalau air tuh adik aku yang bancuh...memang tak pasal2 la aku belasah minum air dia sampai tinggal setengah cawan..ahahaha..gile kejam nak mampus kalau dapat seorang abang macam nih...tapi tuh bukan salah aku...sapa suruh dia buat air sedap sangat..kan dah kene pow...muahahah...so, tiap2 kali kalau dia bancuh air...mesti dia sorok daripada aku....hello..!~~..aku dapat hidu k...hidung aku tajam n pendengaran aku masih jelas....dapat dengar dia dok kacau air...maka dengan otomatiknya aku akan ke dapor menjenguk dan teros pow....ahahaha..kejam..kejam...kesian beliau.....

Pada suatu hari kan...tetiba aku tergerak hati nak bancuh air sendiri....so, dipendekkan citer..aku pon bancuh la air...lepas aku bancuh..aku simpan la air tuh dalam peti ais..nak kasik sejuk..maklum la...peti ais aku mana ada ice cube..dulu slalu aku selalu la buat...tp asal aku buat je ada orang lain guna..bila aku nak guna...dah habis..dem betoi...~~~..so, aku malas nak buat...biar takde..padan muka semua orang...Okok..berbalik pada citer tadi....lepas aku simpan then dalam 2 jam pastuh..aku bukak balik kan....aku pegang gelas aku...arghhhh.....ringannyaa...sapa yang dengki kat aku minum air aku sampai habis..dah la minum sampai habis..tinggal cawan je dalam tuh....apa motif letak cawan??????...haaa???....dengan tidak semena2 terus kuar ayat seribu satu kemakian ke atas orang yang dianggap bertanggungjawab tuh...hahahah....skang baru aku tau apa perasaan orang yang kene pow....kekekeke...tp pow air orang sedap ohhh...sebab aku buat air sendiri tak sedap.....

February 8, 2012

Watak² spongebob squarepant yang korang perlu tahu

Entry hari nih aku nak jadik budak² sket...mana taknya...keje mengadap katon je...tp katon yang paling aku minat time kat rumah nih mmg tak lain tak bukan ialah spongebob berseluar petak..!!!~~..aku pon tak tau la apesal aku suka sangat tengok menatang tuh..mungkin sebab ia sesuai untuk golongan U ...bukan golongan universiti yer~~..sila jangan salah tafsir..muahaha...so, satu hari tuh kan..aku terpiki la kan, apesal character² dalam citer tuh pelik², so, aku tanyakan la hal nih kat sorang budak kecik yang minat dekat span kuning sluar petak nih, kejadahnya perangai character dalam citer tuh pelik²...pastuh dia pon jawab.."dah director suruh buat macam tuh..dia jadik la macam tuh.."....bagus jawapan beliau...semoga dewasa nanti beliau akan jadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara...huhuhuhu...

So, disebabkan minat sangat dengan si seluar petak berbadan kuning nih, aku pon terlintas la nak describe sket pasal character diorang nih...bermula dengan watak utama...

Spongebob Squarepants
  • Beliau merupakan seorang,seekor, sekaki, sebuku, sehelai, se ???..apa penjodoh bilangan bagi sponge??..hahaha...abaikan...beliau sangat periang~~
  • Rumah beliau berbentuk seperti buah nenas.
  • Mempunyai binatang peliharaan bernama 'Gary' iaitu seekor siput. Untuk pengetahuan umum, haiwan peliharaan dalam citer nih kebiasaannya terdiri daripada siput dan cacing..Oleh kerana kucing, anjing, hamster, ayam, itik, lembu dan kambing tidak mempunyai insang, secara otomatiknya mereka tak boleh hidup di dalam laut kerana citer spongebob squarepants nih citer dalam laut.
  • Suka membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan consequences yang bakal dihadapi.
  • Sangat menggemari obor-obor ataupun 'Jellyfish' dan juga meniup buih sabun. Ini merupakan 1 lagi fakta yang perlu ditekankan. Jika di darat, manusia lebih cenderung untuk pergi menangkap rama², kupu², kumbang dan juga melastik burung sebagai kegiatan tidak bermoral. Jika di laut, golongan seperti ini hanya boleh menangkap obor² sahaja.
  • Beliau bekerja di Krusty Krab milik 'Mr Crab' sebagai tukang masak. Sampai skarang aku tak tau brapa gaji dia sebulan.
  • Beliau juga tiada lesen kereta, eh bukan...lesen bawak bot..huhuhu...Dan beliau masih lagi mengikuti kursus latihan memandu di Mrs. Puff's Boating School kerana setiap ujiannya sentiasa berakhir dengan kemalangan. Bukan beliau yang eksiden, tapi beliau telah mengakibatkan kecelakaan terhadap penduduk laut yang lain.
  • Beliau sentiasa cergas dalam melakukan apa jua pekerjaan tetapi beliau sangat² innocent dan mudah dipengaruhi.
  • Trademark beliau selepas bangun pagi sebelum nak p kerja selepas keluar dari rumah ialah "I'm...ready!!!!".

Patrick Star
  • Beliau merupakan seekor tapak sulaiman berkaler pink.
  • Kawan baik kepada spongebob squarepants
  • Merupakan jiran kepada spongbob dan squidward.
  • Tinggal dalam rumah berbentuk seperti tempurung kelapa berkaler merah
  • Beliau sangat pemalas dan kurang sopan dan juga pengotor dan bodoh nak mampos, kalau si spongebob tuh bodoh then si patrick nih bodoh kuasa 4, berbau busuk walaupun aku tak pernah hidu beliau.
  • Beliau juga pelupa. Kadang² beliau lupa nama dia sendiri
  • Beliau lagi cepat terpengaruh berbanding spongebob. Sangat mudah addict terhadap sesuatu.
  • Hobi beliau lebih kurang sama macam spongebob iaitu meniup buih sabun dan juga menangkap 'Jellyfish'.
  • Suka mendatangkan masalah pada diri sendiri dan kawan²nya..tapi beliau sendiri tak sedar beliau tuh buat salah..
  • Sampai skang aku tak tau patrick nih keje apa and macam mana dia bayar duit sewa rumah dia and bil letrik rumah dia..even tv rumah dia pon diperbuat daripada pasir.

Squidward Tentacles

  • Beliau merupakan seekor sotong berkaki empat. Pelikkan...sotang ada 4 kaki..tak pernah aku tengok..huhuh
  • Beliau merupakan jiran kepada spongebob dan patrick. Rumahnya berbentuk seperti rupanya sendiri dan terletak di antara rumah patrick dan spongebob.
  • Hobi beliau ialah bermain clarinet dan juga melukis potret iaitu potret dirinya sendiri.
  • Beliau juga seorang pekerja di Krusty Krab yang menjawat jawatan Cashier.
  • Beliau sangat benci dengan spongebob dan patrick kerana sikap mereka yang annoying gila² tuh. Beliau sangat berharap mereka berdua tuh mati atau pindah ke tempat lain kerana setiap hari mereka akan membuat bising sama ada di hadapan rumah atau di tempat kerja.
  • Untuk maklumat umum, walaupun beliau bekerja di Krusty Krab, beliau tidak pernah makan walau segigit pon Krabby Patty.
  • Beliau juga merupakan sotong yang ego and tak bleh blah punya prangai, taknak jatuh and taknak mengaku kesalahan lebih² pada spongebob.
  • Ok. stakat tuh je aku cite pasai squidward..tak mampu nak kutuk lebih² sebab aku mmg tak suka dia..nanti kalau ngutuk banyak² kang dikira mengumpat plak..bedosa plak aku nanti..huhuhuhuh
Mr Krab

  • Beliau merupakan seekor ketam tua yang berkaler merah, mempunyai tangan berbentuk penyepit dan dua kaki...kalau main permainan gunting, kain, batu..dia mesti kalah teruk punya..
  • Beliau merupakan seorang bekas anggota tentera laut yang sangat kuat kerana memiliki cengkerang yang kuat yang mampu menghancurkan tangan orang yang menumbuknya.
  • Beliau merupakan tokeh ataupun tuan punya Krusty Krab. Krusty Krab merupakan sebuah restoran makanan segera yang femes dengan makanannya Krabby Patty. Tukang masaknya pula ialah spongebob dan tukang buat airnya aku tak tau sapa..tak pernah aku tengok ada orang bancuh air kat situ...tetiba je ada cawan air.huhuh..pelik²..
  • Beliau sangat obses terhadap duit dan benda² percuma...oleh sebab itu, beliau telah membingkaikan duit 1 dollar pertamanya dan menjaga dengan kawalan security yang ketat.
  • Boleh dikatakan apa saja berkaitan dengan duit. Boleh dirujuk kepada Mr Krab.Beliau sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan duit daripada dikoyak, dibakar dan lain². 
  • Beliau juga sering menggunakan kebaikan spongebob untuk kepentingan dirinya...jahatkan???..
  • Beliau tidak pernah menyimpan duit di dalam bank malah lebih suka menyimpannya di rumah yakni di bawah tilamnya sendiri kerana beliau tidak sanggup berpisah dengan duit walaupun sesaat. Setiap hari beliau akan mendodoikan dan menyelimutkan beg duitnya sebelum tidur.
  • Beliau juga seorang majikan yang amat menitikberatkan soal pelanggan yang datang ke kedainya. Beliau akan tertekan jika kedainya kosong tanpa pelanggan.
Sheldon J. Plankton
  • Merupakan seekor planton yang pelik bermata satu dan berkaler hijau. mempunyai dua sesungut.
  • Beliau merupakan musuh ketat kepada Mr Krab kerana beliau sangat² menginginkan formula rahsia Krabby Patty.
  • Untuk pengetahuan umum juga, beliau juga teringin nak makan Krabby Patty tetapi beliau seringkali gagal walaupun beliau cuba untuk membelinya sendiri di Krusty Krab kerana beliau telah diblacklisted kan untuk masuk ke Krusty Krab.
  • Beliau juga sentiasa berusaha keras dan tak pernah mengenal erti putus asa untuk memperoleh formula rahsia Krabby Patty.
  • Beliau juga pengusaha restoran Chum Bucket. Makanannya macam sosej sket...ntah la..aku pon tak pernah rasa lagi..tapi bak kata penduduk Bikinni Bottom, makanannya tak sedap langsung..sebab tuh tak laku....
  • Beliau sentiasa memperdayakan spongebob untuk mendapatkan formula rahsia Krabby Patty..tetapi usahanya sentiasa gagal..
  • Beliau juga mempunyai isteri yang bernama Keren. Keren merupakan sebuah komputer yang sentiasa memberi semangat jika plankton nih gagal dalam usahanya. Gila ka kawin dengan komputer..pelik²

Ok...habis dah cerita mengarut aku nih...babai..!!~~