August 9, 2011

entry budak sekolah

Pada suatu pagi yang cerah dan ada sedikit mendung...Sekolah Rendah Kebangsaan Anak Comel telah pun bermula...seawal 7.30 pagi ketika itu murid-murid tahun 1 Cute telah pun memenuhi bilik darjah mereka...murid tahun 1 Cute seramai 35 orang dan dibintangi oleh seorang guru wanita praktikal yang sangat comel berumur 23 tahun yang bernama Cikgu Sarah Binti Komeng...beliau sangat comel sehinggakan ramai murid tahun 1 Cute mengidam nak kawin dengan beliau...memang tak sedar diri betol budak2 kecik nih...kalau nak tahu...Sekolah Rendah Kebangsaan Anak Comel merupakan sekolah lelaki...semua pelajarnya ialah pelajar lelaki kecuali tenaga pengajar, kerani, gurubesar, guru kanan hal ehwal murid, guru kanan kokurikulum, tukang kebun sekolah, makcik kantin dan pembantu makmal sains...

Pada hari selasa..mata pelajaran pertama ialah Bahasa Malaysia...guru yang bertanggungjawab ialah cikgu Sarah Binti Komeng...beliau mengarahkan murid2nya membuka buku latihan penulisan dan menyuruh murid2nya membuat karangan 50 patah perkataan bertajuk cita-cita saya...beliau memberi masa stengah jam untuk menyiapkannya...agak lama bagi aku stengah jam tuh..10 minit pon patut dah cukup..oleh kerana mereka tu murid tahun 1..so, takpe la bagi masa lama skit...

So, mereka pon mula lah menulis dengan bersungguh2 sehinggakan dahi mereka berkerut2 menandakan mereka sangat serius dalam tugasan yang hanya diberikan oleh Cikgu Sarah Binti Komeng...memandangkan mereka dikategorikan sebagai rebung buluh..otak mereka sangat2 la naif dan bebas daripada fikiran2 kotor....so, takde la benda2 merepek...Setelah siap...cikgu Sarah Binti Komeng membaca karangan tiap2 murid dan mengeluh...."haihh....dah takde cita-cita lain ke budak2 nih...balik2 polis, askar, doktor, cikgu, peguam, juruterbang...takde ke cita-cita nak jadik programmer ke, mekap artis ke, pengusaha ladang ke, jadik orang berguna ke...".

p/s : agak mengarut entry kali nih...tapi mesejnya cuma lah nak bagitau korang masa skolah rendah...dalam profile pelajar korang bubuh cita2 mesti macam yang dah aku senaraikan tuh...polis, askar, doktor, cikgu, peguam, juruterbang....agak2nya kalau budak2 dajah 1 skang nih diorang punya cita2 nak jadik artis, pelakon dan yang sama waktu dengannya....xD



No comments: