August 18, 2011

Buat Kaum Hawa

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wahai kaum hawa jadilah seperti semalu..~


August 17, 2011

raya ohhh raya~~

Hari nih besamaan hari yang ke 17 pose..so, stakat nih aku masih lagi pose penuh...ompompuan pon tak bley pose penuh mcm aku o0o0o0....ceyhh...agak riak sket disitu...bulan ramadan tahun nih aku agak gembira lebih sket berbanding tahun2 lepas....maklum la tahun2 lepas aku pose kat U...tahun nih sbulan aku pose kat umah....lagi satu tahun nih punya pose dh tak dengar sangat bunyi mercun kat area rumah aku nih...so, maknanya bebudak skang nih dah insaf sket...tahniah diucapkan..memandangkan dalam paper pon tak ramai orang mati or cedera parah main mercun...


arghhh...sadisnya gambo diatas...aku rasa budak tuh mesti dah insap...

tapi pe pon memandangkan nak raya nih..lupakan la hal2 mercun,meriam and yang sama waktu dengannya...berdasarkan kajian yang dah aku lakukan..cewah...sejak bila aku buat kajian nih...???..=.=".....bulan posa n raya nih bukan sahaja bulan mendapat rahmat dan ganjaran yang melipat ganda...tapi bulan yang boleh mendatangkan penyakit juga bagi sesape yang tak dapat kawal emosi..

mana taknya kan...kalau time bebuka je....bemacam2 lauk..air saja rasanya dh 5 jenis..hahaha....kencing manis n darah tinggi sume sayang kat kita la nnt...kekeke..itu baru bulan pose...belom raya lagi...time raya kalau g ziarah...konfom2 mencekik je...kalau yang ada penyakit tuh sure dah tak ingat...so, nasihat aku...time gini..kontrol la pemakanan anda...ingat la mangsa2 perang kat palestin tuh yang tak dapat makan...raya diorang ngan peluru, senapang, bom ngan darah je...T_T...


huh...mood melukis aku dah hilang dah...susah betul nak lukis pakai mouse nih...kan bagus kalau ada bamboo pen..tapi mahal plak kalau nak beli...sesape leh tolong belikan ntuk aku x..??..:P...

hmm...tahun nih aku beraya kat umah je..maklum la..kampung dah takde...dulu kalau dua hari sebelum raya mesti balik kampung...tapi skang tak dah..tokwan blah mak aku dh takde...tokwan blah bapak aku plak sakit n tinggal kat umah sedara..so, aku g raya umah sdara aku je la....tambahan lagi collection duit raya tahun nih mesti tak memberangsangkan...waaaa...sedihnya....tsssskkk~~~...

so, raya nnt jangan lupa..jemput la aku datang rumah....!!!!!!!!!!!!!!!...kekekekek..

bye~~

August 9, 2011

entry budak sekolah

Pada suatu pagi yang cerah dan ada sedikit mendung...Sekolah Rendah Kebangsaan Anak Comel telah pun bermula...seawal 7.30 pagi ketika itu murid-murid tahun 1 Cute telah pun memenuhi bilik darjah mereka...murid tahun 1 Cute seramai 35 orang dan dibintangi oleh seorang guru wanita praktikal yang sangat comel berumur 23 tahun yang bernama Cikgu Sarah Binti Komeng...beliau sangat comel sehinggakan ramai murid tahun 1 Cute mengidam nak kawin dengan beliau...memang tak sedar diri betol budak2 kecik nih...kalau nak tahu...Sekolah Rendah Kebangsaan Anak Comel merupakan sekolah lelaki...semua pelajarnya ialah pelajar lelaki kecuali tenaga pengajar, kerani, gurubesar, guru kanan hal ehwal murid, guru kanan kokurikulum, tukang kebun sekolah, makcik kantin dan pembantu makmal sains...

Pada hari selasa..mata pelajaran pertama ialah Bahasa Malaysia...guru yang bertanggungjawab ialah cikgu Sarah Binti Komeng...beliau mengarahkan murid2nya membuka buku latihan penulisan dan menyuruh murid2nya membuat karangan 50 patah perkataan bertajuk cita-cita saya...beliau memberi masa stengah jam untuk menyiapkannya...agak lama bagi aku stengah jam tuh..10 minit pon patut dah cukup..oleh kerana mereka tu murid tahun 1..so, takpe la bagi masa lama skit...

So, mereka pon mula lah menulis dengan bersungguh2 sehinggakan dahi mereka berkerut2 menandakan mereka sangat serius dalam tugasan yang hanya diberikan oleh Cikgu Sarah Binti Komeng...memandangkan mereka dikategorikan sebagai rebung buluh..otak mereka sangat2 la naif dan bebas daripada fikiran2 kotor....so, takde la benda2 merepek...Setelah siap...cikgu Sarah Binti Komeng membaca karangan tiap2 murid dan mengeluh...."haihh....dah takde cita-cita lain ke budak2 nih...balik2 polis, askar, doktor, cikgu, peguam, juruterbang...takde ke cita-cita nak jadik programmer ke, mekap artis ke, pengusaha ladang ke, jadik orang berguna ke...".

p/s : agak mengarut entry kali nih...tapi mesejnya cuma lah nak bagitau korang masa skolah rendah...dalam profile pelajar korang bubuh cita2 mesti macam yang dah aku senaraikan tuh...polis, askar, doktor, cikgu, peguam, juruterbang....agak2nya kalau budak2 dajah 1 skang nih diorang punya cita2 nak jadik artis, pelakon dan yang sama waktu dengannya....xD



August 8, 2011

Wasiat abah untuk anak-anaknya

haaaa fffuuhhhh~~!!!...adeh..bedebu2..lamanya tak update blog nih...kecetekan idea la nak menaip..lagipon spanjang bulan posa nih aku bz sket membuta...kekeke..bak kata ustaz yang kasik ceramah kat surau ari tuh...tido masa bulan posa nih ibadah...so aku pon tido la...huhuhuhuhuhu....memandangkan tajuk entry kali nih macam sedih2 skit je tapi takde la sedih sangat..ahahaha...membuat pengumuman tentang harta2 bapak aku yang bakal aku terima..tak sangka dalam diam2 aku ada dapat wasiat nih...dah macam dalam drama plak..tapi takde la gaduh2 dalam adik bradik aku pasal wasiat nih...harta bapak aku memang banyak...penat gile nak kira...amek masa dekat 2 jam tuh....








dengan harta wasiat yang sebanyak nih...aku dah rancang masa depan aku...aku nak beli banglo, kete dan aku nak jelajah keliling dunia...ok tak??..kekekekeke....