October 31, 2011

Doa Pendekat Jodoh

Assalamualaikum...hehehe....bila tengok orang kat sekeliling nih....wahh...ramai yang berpasang pasangan..jeles plak aku...tak teringin ke nak jadikan pasangan anda yang halal buat anda...so, di sini aku nak berkongsi doa untuk mendapat jodoh yang baik...bukan untuk korang saje...untuk diri aku jugak...insyaAllah....sapa yang taknak kawin kan...???...


"Sesiapa yg berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya,maka bertaqwalah ia pada separuh yg lain"[ at-Tabrani dan al-Baihaqi]

Macam rugi je kan kalau kawin lambat nih...hehehe...tapi Jodoh kita kan dah ditentukan oleh Allah sejak awal lagi...so, kita nih manusia yang lemah hanya mampu berdoa aje la mohon dipercepatkan jodoh dengan orang yang kita suka...kat bawah nih doa yang aku jumpa kat intenet gak...aku kopipes je pon...so, kita boleh la amalkan sama-sama..insyaAllah...berkat khusyuk dan tawadduk kita...Allah perkenankan doa kita nih...=)



sharing is caring..~~~

October 18, 2011

Uji Minda!!!!

Jom test otak masing2~~(>_<)
Ade sedikit soalan nak tanye korang.
Saya tahu anda semua genius.
Jawap soalan dibawah…tapi AWAS!! jangan terlalu lama untuk jawab soalan dibawah.
Goodluck..☺
...
Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk …jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.


Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:

Bapa sadah ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Sadah. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

>.<

October 9, 2011

Pintaku Di Tanah Suci

Assalamualaikum...~~..
skarang nih pkul 12.45 malam...malam ni pun tengah hujan...syahdu plak rasa...so, maknanya parents aku skang dalam pkul 8 pagi kat Mekah...
Sedih ku rasa ketiadaan mak dan abah...walaupun sbulan lebih je...tapi kita tak tahu macam mana keadaan kat sana...nak contact pon susah...itu pun berharap la kalau mak ngan abah dapat contact kami adik beradik nih kat rumah...

Tak pernah aku rasa sesedih nih bila nak melepaskan mak ngan abah pergi...
Tak pernah aku lihat abah menangis memeluk semua anak2nya...
Tak pernah aku lihat mak menangis depan orang ramai....
Tak pernah aku lihat adik beradik aku menangis memeluk mak ngan abah...

Menunaikan rukun Islam ke-5 itu adalah wajib bagi semua umat Islam yang berkemampuan...
Dan menjadi satu impian buat seluruh umah Islam untuk berkunjung ke Baitullah...
Aku juga nak pergi sana....aku nak ikut mak ngan abah...:(

Tapi apakan daya...aku belum diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke sana...dan aku berharap Allah izinkan aku ke sana walaupun sekali....
Semoga mak ngan abah mendapat haji mabrur dan segala permintaan dan doa mak ngan abah diperkenankan....

Buat mak ngan abah...sy akan sentiasa ingat pesanan mak dan abah...sy akan jadi anak yang soleh...dan taat pada mak dan abah...doakan sy berjaya dunia dan akhirat dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa...terima kasih kerana membesarkan sy...semoga mak ngan abah tabah dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah haji dengan khusyuk dan sempurna...sy akan sentiasa menunggu dan mendoakan agar mak ngan abah sentiasa selamat di tanah suci...


p/s : buat mak...doa dalam nota kecik tuh jangan lupa di mintak depan kaabah...kalau boleh nak buat karangan pasal doa je...tp takut nanti tawaf  habis 7 kali pun doa tak habis baca..so, sy pendekkan la sket...hehehe..