July 4, 2011

apakah yang akan terjadi jikaaa...

1) Mesin masa doremon tuh betol-betol wujud??


advantage :

-> manusia akan pegi ke masa depan untuk tengok kehidupan diorang..kalau hidup susah..diorang akan berusaha besungguh-sungguh...
-> manusia akan pergi ke masa depan untuk tengok jodoh diorang...so, diorang tak perlu la susah2 nak becinta gila2...
-> bagi pengkaji sejarah..diorang tak perlu bersusah payah cari bahan-bahan sejarah yang tertanam dlm tanah nih..diorang boleh pergi interbiu teros orang zaman dulu..
-> askar2 malaysia boleh pergi ke masa lalu ntuk lawan ngan smua komunis, jepun n omputih dengan jayanya sebab teknologi skang canggih...so, tak perlu kita blaja bahasa omputih lagi..

disadvantange :

-> manusia akan pergi ke masa depan untuk merompak...lepas diorang merompak..diorang akan balek ke zaman diorang balek...so, polis tak dapat la nak kesan diorang...
-> manusia akan pegi ke masa depan ntuk tengok jodoh diorang...kalau tak berkenan...diorang akan kembali ke zaman diorang balek untuk menghalangnya daripada berlaku sama ada cuba melarikan diri or bunuh bakal pasangan mereka...
-> manusia akan kembali ke masa lampau untuk mencipta nama sebagai contoh formula mass-energy equivalence yang dicipta oleh Albert Einstein iaitu E = mc^2 akan menjadi syahir's formula...ahahahahaha...


2) Pintu ke mana sahaja doremon betol-betol wujud




advantage :

-> manusia akan pergi ke mana saja yang diorang suka..london, australia or planet pluto tanpa sebarang masalah dan tanpa sebarang caj...
-> mak bapak tak perlu risau kalau tak boleh amek anak diorang balik skolah kerana hanya bukak pintu je dah boleh sampai skolah anak diorang...
-> tiada lagi kesesakan lalu lintas di kuala lumpur...
-> tidak perlu risau kalau nak keluar pergi rumah kawan waktu hujan lebat...

disadvantage :

-> negara akan mengalami kerugian yang melampau2 kerana penjualan kereta, moto, minyak dan servis kapal terbang sangat tak menguntungkan...
-> maksiat akan berleluasa apabila kekasih akan pergi ke rumah pasangannya tanpa dihidu oleh ibu bapa dan pejabat agama...
-> kejadian rompak bank or pecah rumah akan kerap berlaku kerana pintu itu boleh menembusi mana2 tempat yang tertutup...
-> kalau main nyorok2 bersama rakan2 mustahil akan jumpa kerana mereka mungkin akan menyorok di england, denmark, london, mesir dan lain-lain negara....
-> perompak yang merompak sangat senang memboloskan diri selepas merompak...
-> pendatang tanpa izin akan membanjiri negara kerana pihak berkuasa sukar mengesan dari mana diorang datang...
-> penyeludupan akan kerap berlaku dimana-mana saja....
-> kejadian rogol juga akan berleluasa kerana mereka tak perlu ke tempat2 sunyi dan tak selesa seperti semak samun..hanya pergi umah pompuan yang keseorangan dirumah lalu merogol mereka...identiti perogol juga mungkin akan selamat kerana mereka pasti mengambil langkah berjaga2...

3) Lampu pembesar dan lampu pengecil betol-betol wujud



advantage :

-> kerja korang akan bertambah mudah jika korang nak pindah rumah...tak perlu sewa lori besar-besar nak angkut barang...just kecikkan barang kepada saiz belalang dan korang boleh bawak sendiri..bila dah sampai rumah baru..kembalikan pada keadaan asal..
-> jika butiran berlian anda didapati jatuh didalam lubang yang kecik dan tak tercapai oleh jari..anda boleh kecikkan diri anda kepada saiz semut dan boleh ambil berlian tersebut..
-> apabila anda dikejar penjahat dan anda tak boleh melarikan diri lagi..anda boleh kecikkan badan anda untuk meloloskan diri daripada pandangan penjahat..
-> apabila si gadis dikejar perogol...dan sudah pon ditangkap oleh perogol...si gadis boleh membesarkan saiz badannya kepada saiz gergasi..nescaya perogol akan takut kerana saiz badan perogol hanyalah sebesar jari si gadis itu saja...jika dijentik..boleh terpelanting jauh tuuuuu....


disadvantage :

-> jika dua orang yang sedang bergaduh...dan salah seorang daripada mereka akan menggunakan lampu untuk mengecilkan lawan lalu memijak mereka...=.="...
-> kecurian barang2 seperti kereta, motor dan kedai emas akan kerap berlaku apabila semua barang2 akan dikecil kan dan mudah dibawa lari..
-> apabila anda mengecilkan diri anda...anda akan terdedah kepada haiwan yang merbahaya seperti semut api, lipas, anai2, labah2, cicak dan sebagainya..
-> apabila anda membesarkan saiz badan anda..anda bakal memusnahkan bangunan or rumah-rumah seperti dalam citer otromen...
-> amat susah jika saiz anda skarang sudah menjadi besar..tiba2 lampu anda rosak...spare part plak susah nak dapat..so, anda akan menjadi gergasi buat selama lamanya...


p/s : oleh itu...diharap jangan lah sesiapa yang mencuba untuk mencipta peralatan doremon seperti ini..ternyata keburukan melebihi kekurangan....xD