February 21, 2011

6 perkara yang ada dalam diri para sahabat yang perlu dicontohi

Sahabat...??..apa yang dimaksudkan dengan sahabat??..sahabat aku..sahabat dia??..sahabat adik dia???..Sahabat yang ingin diketengahkan dalam entry ini ialah sahabat Nabi Muhammad SAW....kalau kita flashback balek masa zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Islam still lagi berkembang...Islam masih lagi bergerak jauh ke pelosok alam kerana apa??..kerana atas usaha gigih yang dijalankan oleh para-para sahabat....terdapat 6 perkara yang perlu dibawa dalam diri kita agar dapat mencontohi para sahabat...ia ialah


  • Kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
  • Hakikat Solat khusyuk dan khuduk
  • Hakikat ilmu dan zikir
  • Hakikat Ikramul Muslimin
  • Hakikat ikhlas niat
  • Hakikat dakwah dan tabligh

1) Kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH

Disini kita perlu sematkan di dalam hati dan meyakini bahawa "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"...Apabila seseorang mengucap ucapan ini diakhir kalam...maka wajib syurga bagi dia walaupun iman sebesar zarah..nescaya Allah akan memberi ganjaran syurga seluas 10 kali dunia..insyaAllah..

2) Hakikat solat khusyuk dan khuduk

Antara faktor lain kejayaan yang ditunjukkan oleh para sahabat ialah solat mereka..bagaimana mereka menumpukan sepenuh perhatian semasa menunaikan solat..begitu lah mereka ketika diluar solat...perkara yang ingin ditekankan ialah bagaimana seseorang membawa ketaatan di dalam solat ke luar solat (dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan..dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll )...insyaAllah jika kita dapat menjaga solat kita dan mengikut sunnah Rasulullah iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu...5 ganjaran akan menanti kita iaitu..

1. Rezeki nya di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catitan amal , dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab

3) Hakikat ilmu dan zikir

Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan...

Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu fadhail dan ilmu masail..Ilmu masail adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam sesuatu perkara...Ilmu fadhail ialah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal...kita boleh memperoleh ilmu fadhail dengan duduk dalam majlis taalim atau mendengar bacaan kitab fadhilat amal...

Kelebihan orang yang berilmu ialah "seorang yang berilmu lebih ditakuti syaitan berbanding dengan 1000 orang abid".."Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seorang abid yang beribadah Sepanjang2 malam."..

4) Hakikat Ikramul Muslimin

Maksudnya kita memuliakan saudara sesama Islam tanpa menuntut hak..atau kita memuliakan mereka kerana iman yang ada dalam diri mereka...setiap orang Islam adalah mulia disisi Allah SWT, kerana iman yang ada dalam diri mereka...bagaimana hendak memuliakan saudara sesama Islam??..

1. Memuliakan Alim Ulama’
2. Menghormati Orang2 tua
3. Kasih Sayang kanak2

Antara kelebihan bagi mereka yang memuliakan saudara-saudara mereka ialah mereka akan memperoleh 73 hasanah dimana 1 hasanah Allah berikan di dunia (yang mana cukup untuk keperluan di dunia) dan 72 lagi akan diberikan di akhirat kelak..

seorang yang membatalkan niat iktikaf semata2 untuk menunaikan hajat saudaranya...nescaya Allah akan memberinya 10 tahun pahala iktikaf...Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi....

5) Hakikat ikhlas niat

Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT , semata2 kerana Allah SWT...

So, kita kena la cek stiap amalan kita...adakah kita nih betol2 ikhlas melakukan sesuatu...??..
stiap amalan pasti ada ganjarannya...antara ganjaran bagi orang yang iklas melakukan sesuatu perkara kerana Allah ialah andaikata seseorang mendermakan sebiji tamar...maka ganjaran pahala sebesar gunung Uhud akan diberikan kepadanya...

6) Hakikat usaha dakwah dan tabligh

Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga....jadi gunakanlah diri kita dan harta kita ke jalan Allah SWT...

cara mendapatkannya ialah dengan keluar ke jalan Allah selama 4bulan atau 40 hari atau 3 hari..dari situlah kita dapat mempelejari pelbagai ilmu dan sentiasa dapat mendekatkan diri dengan Allah...

kelebihan yang bakal diperoleh ialah "sepagi dan sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisinya..."Debu2 yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asap nya sekali."...

"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW"....

p/s: semoga apa yang kita peroleh..dapat kita amal dan kita sampaikan kepada saudara-saudara kita...nasihat pada diri sendiri dan anda semua...

No comments: