December 19, 2010

Ilmu Dan Korang

Ilmu Untuk Hidup

Buat apa belajar kalau tak reti nak pakai apa yang dipelajari. Zaman sekarang orang cari ilmu sebab nak orang respek, nak sijil, nak buat cari kerja....pendek kata ilmu yang ada hanya ukuran siapa pandai, siapa bodoh, siapa alim, siapa jahil. Kita pakai ilmu sebagai pakaian luaran nak menunjuk kat orang tapi tak pakai ilmu dalam hati, tak pakai ilmu untuk perbaiki diri,banyak ilmu baik sudahnya merosakkan diri. Hidup mewah tapi tunggang langgang, kaya tapi tak ingat sapa yang bagi kekayaan tuh.

Ilmu Untuk Mati

Ramai berpendapat ilmu hanya untuk cari makan, bila dah tua, dah nak mati, buat apa lagi nak cari ilmu? Ilmu agama setakat mana je nak diamal, nak belajar tak sempat dah, takut nanti tak sempat amal. Menuntut ilmu tuh sendiri amalan hebat sampai kalau mati kita dianggap mati syahid. Pak cik, mak cik jangan la sesegan nak belajar ilmu agama, biar le orang nak ngata, kat sana nanti bukan diorang tentukan kita ke neraka ke atau ke syurga. Yang muda remaja pon jangan ingat awak tuh lama lagi nak mati, jangan nak tunggu tua baru nak belajar agama, takut tak sempat tua.

Ilmu Dunia

Siapa kata ilmu dunia tak penting, kita nak hidup kat dunia kena la tahu ilmu dunia tapi jangan nampak dunia aje. Guna la dunia tuh sebagai jambatan ke akhirat, amalkan ilmu tuh untuk cari keredhaan ilahi. Semua ilmu baik cuma yang amal tuh je belum tentu baik. Kalau niat cari ilmu sebab nak carik dunia, carik kaya, carik kuasa, maka ilmu dunia tuh dapat tolong korang kat dunia je la tapi kalau cari ilmu dunia, nak carik akhirat, nak carik berkat, nak carik rahmat, insyaAllah ilmu tuh dapat tolong korang di dunia dan di akhirat. Pastuh korang ajar plak kat anak-anak dan pelapis korang, bertambahlah pahala korang selagi ilmu tuh diamalkan.

Ilmu Akhirat

Ni le ilmu yang tak ramai orang nak cari tapi kat sana nanti baru nyesal tak sudah. Mana taknya, ilmu ni tak laku kat dunia, ustaz ngajar free kat masjid pon tak ramai yang nak dengar. Ilmu yang tak boleh buat korang jadi kaya raya. Dah tuh nak buat apa cari ilmu nih? Ni la ilmu yang buat korang jadi orang bukan binatang, buat korang sedar siapa korang, ilmu yang ajar macam mana nak hidup kat dunia dan selamatkan korang kat akhirat. Nak tunggu dah bangkit kat akhirat baru nak cari ilmu nih memang tak sempat dh la. Jadi nak belajar jangan bertangguh, cepat-cepatlah sebelum terlambat. Biar sikit tapi berkat dari banyak sekadar buat modal debat.

Source = Ujang isu 379

No comments: