December 31, 2010

Raksasa, Susu dan Raja

Hari nih hari jumaat..so, dah menjadi kewajipan la pada seluruh umat islam yang berjantina lelaki untuk menunaikan solat Jumaat....Hari nih aku nak berkongsi cerita yang aku dengar masa khutbah jumaat nih...sebab nih cerita agak best la aku nak story2 kat korang..huhuh..kalau ikutkan cerita nih panjang...tapi aku ringkaskan la..xingat sangat detail-detail dia...

Cerita nih mengenai seekor raksasa, susu dan raja..Ia berlaku di sebuah negara...eh..macam besar sangat je negara...negeri lah...

nih lah konon2nya raksasa tuh....uhuhuhu....zzzzz...

lepas tuh kan..nak dijadikan cerita...raksasa nih tengah meronda-ronda di atas langit...tengah terbang la tuh maknanya......Pada suatu hari..ketika raksasa nih meronda2 di perkarangan langit..tiba-tiba beliau ternampak sebuah negeri yang ramai penduduknya dan sangat maju...memang dasyat la negeri nih...kaya raya...bleh kata perfect la...smua ada..penduduk miskin pon kurang...

So, si raksasa nih pon dengan bangga dan tersenyum lebarnya telah aim atau dengan bahasa yang lebih mudah lagi target or mark or ape-ape je la yang korang suka...huhu...untuk menyerang negeri nih...tapi si raksasa nih suka buat syarat sebelom nak serang...sebab nih raksasa yang berbudi bahasa dan beretika la konon-kononnya...(maen balas je..)......pastuh kan...bila raksasa nih dah suka...dia pon terbang dengan lajunya untuk mendarat or landing ke bumi dimana negeri tersebut terletak...pabila dah mendarat...si raksasa nih kan ke raksasa beretika dan berbudi bahasa..so dia cari la sapekah pemerintah negeri tuh...(bagus kan raksasa nih??..)..heheh...so, dia bertemu la dengan seorang raja nih...

Si raksasa nih habaq la kat raja nih "Hai raja...nama aku raksasa..aku nih ganas dan sangat berbahaya...aku nih datang ada hajat...walaupon kau nampak aku nih sopan...tapi hakikatnya aku niat nak serang negeri kau...aku betul-betul serius...kalau kau tak dapat penuhi permintaan aku...tapi...kalau kau dapat buat apa yang aku suruh..aku akan lepaskan kau dengan rakyat-rakyat kau..dan aku akan pergi dari negeri kau buat selama-lamanya..."....begitu la konon-kononnya raja tuh punya budi bicara......raja yang mendengar permintaan si raksasa nih pon berasa sedikit takut...tapi disebabkan beliau nih raja..so, kene la mantain cool...dia bertanya balik kepada raksasa tersebut..."Baiklah...apa yang beta boleh lakukan bagi membuatkan kamu wahai raksasa untuk tidak menyerang negeri beta???..".....maka si raksasa itu pon membalas..."aku tidak mahukan apa-apa...aku tidak mahukan harta ataupun kekayaan negeri kau...tapi disebabkan aku nih raksasa yang menjaga kesihatan tulang dan gigi..aku nak kau sediakan sebuah besar yang besar mengandungi susu kepadaku....tetapi..aku mahu susu tersebut disediakan kepadaku menjelang subuh...."....

Selepas mendengar permintaan raksasa, raja tersebut berfikir sejenak...bagaimana hendak memberikan susu kepada raksasa tersebut...oleh kerana raja tersebut tidak mahu rakyatnya tahu akan kehadiran dan tujuan raksasa tersebut..maka beliau berhasrat untuk mendiamkan diri tentang perkara itu...akan tetapi..beliau telah meminta seluruh rakyatnya memberi cuma setitik susu didalam bekas yang disediakan kerana raja tersebut tidak mahu membebankan rakyatnya...setelah bekas disediakan...raja tersebut menunggu tibanya subuh dengan perasaan gelisah...beliau mengharapkan susu yang banyak didalam bekas...

Setelah subuh menjelang...beliau pergi ke tempas dimana terletaknya bekas tersebut..alangkah terkejutnya beliau kerana setitis susu pon tidak kelihatan...ketika itu raksasa pon muncul...raksasa berasa sangat marah lalu terus memusnahkan negeri tersebut bersama-sama dengan raja itu....

Perkara yang boleh disimpulkan dalam cerita diatas ialah

1) Rakyat di negeri tersebut telah mengingkari arahan pemerintahnya...Jadi kita haruslah taat kepada pemerintah..

2) Di samping itu, rakyat di negeri itu terlalu asyik dibuai mimpi ketika waktu subuh tanpa memikirkan tugas yang diberikan oleh raja...

3) Rakyat juga mengambil sifat endah tak endah kepada suruhan raja...oleh kerana raja mahukan setitik susu, mereka menganggap jika mereka tidak memberi, tiada perubahan kandungan susu di dalam bekas...kerana setitik susu mungkin tak merubah apa2..kerana ramai lagi yang boleh mendermakan lebih banyak susu untuknya..tetapi sangkaan meleset kerana seluruh rakyat berfikiran sama....mereka mengharapkan orang lain mendermakan susu untuk mereka.....

No comments: