December 31, 2010

Raksasa, Susu dan Raja

Hari nih hari jumaat..so, dah menjadi kewajipan la pada seluruh umat islam yang berjantina lelaki untuk menunaikan solat Jumaat....Hari nih aku nak berkongsi cerita yang aku dengar masa khutbah jumaat nih...sebab nih cerita agak best la aku nak story2 kat korang..huhuh..kalau ikutkan cerita nih panjang...tapi aku ringkaskan la..xingat sangat detail-detail dia...

Cerita nih mengenai seekor raksasa, susu dan raja..Ia berlaku di sebuah negara...eh..macam besar sangat je negara...negeri lah...

nih lah konon2nya raksasa tuh....uhuhuhu....zzzzz...

lepas tuh kan..nak dijadikan cerita...raksasa nih tengah meronda-ronda di atas langit...tengah terbang la tuh maknanya......Pada suatu hari..ketika raksasa nih meronda2 di perkarangan langit..tiba-tiba beliau ternampak sebuah negeri yang ramai penduduknya dan sangat maju...memang dasyat la negeri nih...kaya raya...bleh kata perfect la...smua ada..penduduk miskin pon kurang...

So, si raksasa nih pon dengan bangga dan tersenyum lebarnya telah aim atau dengan bahasa yang lebih mudah lagi target or mark or ape-ape je la yang korang suka...huhu...untuk menyerang negeri nih...tapi si raksasa nih suka buat syarat sebelom nak serang...sebab nih raksasa yang berbudi bahasa dan beretika la konon-kononnya...(maen balas je..)......pastuh kan...bila raksasa nih dah suka...dia pon terbang dengan lajunya untuk mendarat or landing ke bumi dimana negeri tersebut terletak...pabila dah mendarat...si raksasa nih kan ke raksasa beretika dan berbudi bahasa..so dia cari la sapekah pemerintah negeri tuh...(bagus kan raksasa nih??..)..heheh...so, dia bertemu la dengan seorang raja nih...

Si raksasa nih habaq la kat raja nih "Hai raja...nama aku raksasa..aku nih ganas dan sangat berbahaya...aku nih datang ada hajat...walaupon kau nampak aku nih sopan...tapi hakikatnya aku niat nak serang negeri kau...aku betul-betul serius...kalau kau tak dapat penuhi permintaan aku...tapi...kalau kau dapat buat apa yang aku suruh..aku akan lepaskan kau dengan rakyat-rakyat kau..dan aku akan pergi dari negeri kau buat selama-lamanya..."....begitu la konon-kononnya raja tuh punya budi bicara......raja yang mendengar permintaan si raksasa nih pon berasa sedikit takut...tapi disebabkan beliau nih raja..so, kene la mantain cool...dia bertanya balik kepada raksasa tersebut..."Baiklah...apa yang beta boleh lakukan bagi membuatkan kamu wahai raksasa untuk tidak menyerang negeri beta???..".....maka si raksasa itu pon membalas..."aku tidak mahukan apa-apa...aku tidak mahukan harta ataupun kekayaan negeri kau...tapi disebabkan aku nih raksasa yang menjaga kesihatan tulang dan gigi..aku nak kau sediakan sebuah besar yang besar mengandungi susu kepadaku....tetapi..aku mahu susu tersebut disediakan kepadaku menjelang subuh...."....

Selepas mendengar permintaan raksasa, raja tersebut berfikir sejenak...bagaimana hendak memberikan susu kepada raksasa tersebut...oleh kerana raja tersebut tidak mahu rakyatnya tahu akan kehadiran dan tujuan raksasa tersebut..maka beliau berhasrat untuk mendiamkan diri tentang perkara itu...akan tetapi..beliau telah meminta seluruh rakyatnya memberi cuma setitik susu didalam bekas yang disediakan kerana raja tersebut tidak mahu membebankan rakyatnya...setelah bekas disediakan...raja tersebut menunggu tibanya subuh dengan perasaan gelisah...beliau mengharapkan susu yang banyak didalam bekas...

Setelah subuh menjelang...beliau pergi ke tempas dimana terletaknya bekas tersebut..alangkah terkejutnya beliau kerana setitis susu pon tidak kelihatan...ketika itu raksasa pon muncul...raksasa berasa sangat marah lalu terus memusnahkan negeri tersebut bersama-sama dengan raja itu....

Perkara yang boleh disimpulkan dalam cerita diatas ialah

1) Rakyat di negeri tersebut telah mengingkari arahan pemerintahnya...Jadi kita haruslah taat kepada pemerintah..

2) Di samping itu, rakyat di negeri itu terlalu asyik dibuai mimpi ketika waktu subuh tanpa memikirkan tugas yang diberikan oleh raja...

3) Rakyat juga mengambil sifat endah tak endah kepada suruhan raja...oleh kerana raja mahukan setitik susu, mereka menganggap jika mereka tidak memberi, tiada perubahan kandungan susu di dalam bekas...kerana setitik susu mungkin tak merubah apa2..kerana ramai lagi yang boleh mendermakan lebih banyak susu untuknya..tetapi sangkaan meleset kerana seluruh rakyat berfikiran sama....mereka mengharapkan orang lain mendermakan susu untuk mereka.....

December 29, 2010

Istimewa

Kuiringkan air mata membasahi pipiku...
diatas permaidani bernama sejadah...
ku tadahkan tangan kerana aku hamba-Mu yang hina...
memohon petunjuk daripada-Mu...
memohon rahmat daripada-Mu..
agar aku sentiasa di landasan-Mu..

Ku iringkan air mata membasahi pipiku...
terkenangkan dosa-dosa ku pada-Mu..
aku lalai akan dunia-Mu yang hanya sementara...
aku benarkan syaitan menguasai diriku..
aku leka kerana menyintai yang lain selain diri-Mu..

Tunjukkan lah aku jalan-Mu..
Pimpin lah aku daripada menjauhi-Mu..
Sedarkan aku daripada mimpi buruk ini....
Rahmati kehidupan ku..
Ampuni dosaku...
Ya Rahman Ya Rahim...

December 28, 2010

Mengeluh...Mengeluh....

Ucapan selamat pagi....
.
.
.
.
.
.
(selang beberapa jam)
.
.
.
.
.
.

Ucapan selamat malam.....

December 27, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Diriku




Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba...
impian bakal menjadi kenyataan...
memiliki dirimu adalah harapan bagiku...
Selamat untuk diriku dan pasangan memulakan hidup baru...

Hari Yang Sangat Panas

27 Disember 2010 merupakan hari Isnin....
mesti la hari isnin...tengok kalender pon memang konfem betol..
hari nih hari pertama stat kelas....nasib baik kelas stat pukol 10......takde la kelam kabut sangat...hikhik...
tapi hari ni pon agak berdukacita sket la...mana tak nya...cuaca agak panas...lepas tuh naek bas nak g kelas pon takde ekon...panas lagi...masok kelas panas jugak tapi xla panas sesangat2 sebab ekon dalam kelas tak kuat sangat...lepas habis 1 kelas nih...the next klass dekat dalam dewan kuliah..aduhai...lagi la takde ekon langsung...guna kipas manual je la..tapi nasib baek jugak kelas tuh abes awal..maybe sebab lecturer pon panas kot..malas beliau nak ajar....hihihihi...lagipon baru je stat kelas..apa yang nak ajar sangat....boleh la rilek2 kejap...lepas tuh bila nak balik hostel..naek bas jugak....( mesti la naik bas...takkan nak menyeksa diri jalan kaki tengah2 hari rembang nih )...aku naek dengan harapan dapat sejukkan badan dalam bas..maklom la...USM punya bas kan ada ekon...( <<-- puji ke perli nih??? )...tapi rasa malang gak hari nih sebab bas tuh pon takde ekon..aduhai....dah la dengan ramai orangnya...penuh sarat dengan manusia2 dalam bas tuh...betambah2 panasnya......aku nampak ada la sorang pompuan nih peluh2 ketiaknya...ish3....kaver la siket berair tuh.......bila dh smpai bilik...lega la sket...nasib baek la kipas bilek aku nih laju jugak pusingan dia...1 pusingan penuh 360' kipas bilik aku ada la dlm 0.001 saat...laju kn....ok la....petang nih aku takde kelas...so boleh la aku nak tido siang kejap...papai la...!!!....besok pon hari tak bertuah jugak...sebab seluruh penang takder air...kene catu...catu tuh ape??....sejenis kuih ke??..hahaha...apa2 pon kene sediakan baldi sebelum air tadak...!!

December 19, 2010

Ilmu Dan Korang

Ilmu Untuk Hidup

Buat apa belajar kalau tak reti nak pakai apa yang dipelajari. Zaman sekarang orang cari ilmu sebab nak orang respek, nak sijil, nak buat cari kerja....pendek kata ilmu yang ada hanya ukuran siapa pandai, siapa bodoh, siapa alim, siapa jahil. Kita pakai ilmu sebagai pakaian luaran nak menunjuk kat orang tapi tak pakai ilmu dalam hati, tak pakai ilmu untuk perbaiki diri,banyak ilmu baik sudahnya merosakkan diri. Hidup mewah tapi tunggang langgang, kaya tapi tak ingat sapa yang bagi kekayaan tuh.

Ilmu Untuk Mati

Ramai berpendapat ilmu hanya untuk cari makan, bila dah tua, dah nak mati, buat apa lagi nak cari ilmu? Ilmu agama setakat mana je nak diamal, nak belajar tak sempat dah, takut nanti tak sempat amal. Menuntut ilmu tuh sendiri amalan hebat sampai kalau mati kita dianggap mati syahid. Pak cik, mak cik jangan la sesegan nak belajar ilmu agama, biar le orang nak ngata, kat sana nanti bukan diorang tentukan kita ke neraka ke atau ke syurga. Yang muda remaja pon jangan ingat awak tuh lama lagi nak mati, jangan nak tunggu tua baru nak belajar agama, takut tak sempat tua.

Ilmu Dunia

Siapa kata ilmu dunia tak penting, kita nak hidup kat dunia kena la tahu ilmu dunia tapi jangan nampak dunia aje. Guna la dunia tuh sebagai jambatan ke akhirat, amalkan ilmu tuh untuk cari keredhaan ilahi. Semua ilmu baik cuma yang amal tuh je belum tentu baik. Kalau niat cari ilmu sebab nak carik dunia, carik kaya, carik kuasa, maka ilmu dunia tuh dapat tolong korang kat dunia je la tapi kalau cari ilmu dunia, nak carik akhirat, nak carik berkat, nak carik rahmat, insyaAllah ilmu tuh dapat tolong korang di dunia dan di akhirat. Pastuh korang ajar plak kat anak-anak dan pelapis korang, bertambahlah pahala korang selagi ilmu tuh diamalkan.

Ilmu Akhirat

Ni le ilmu yang tak ramai orang nak cari tapi kat sana nanti baru nyesal tak sudah. Mana taknya, ilmu ni tak laku kat dunia, ustaz ngajar free kat masjid pon tak ramai yang nak dengar. Ilmu yang tak boleh buat korang jadi kaya raya. Dah tuh nak buat apa cari ilmu nih? Ni la ilmu yang buat korang jadi orang bukan binatang, buat korang sedar siapa korang, ilmu yang ajar macam mana nak hidup kat dunia dan selamatkan korang kat akhirat. Nak tunggu dah bangkit kat akhirat baru nak cari ilmu nih memang tak sempat dh la. Jadi nak belajar jangan bertangguh, cepat-cepatlah sebelum terlambat. Biar sikit tapi berkat dari banyak sekadar buat modal debat.

Source = Ujang isu 379

Apabila Manusia Mempunyai Angan-Angan

Angan-Angan Ketika Masih Bayi

Masa korang masih bayi, mesti korang pon ada angan-angan jugak kan...??..cuma korang mungkin tak pernah ingat je..rasa-rasanya kan..angan-angan bagi setiap bayi mesti semua sama je kan..nak dilayan mesra..mentang-mentang la korang tak boleh cakap..tau nak melalak je ..bangun-bangun tido melalak..nak makan melalak, nak berak melalak, sakit pon melalak jugak..maklum la..tak boleh cakap...nak mak bapak memahami...huuhuhu..lepas tuh suka buat-buat comel plak....tapi memang comel pon..tak dapat dinafikan la aku masa baby pon comel jugak...xD...nasib baik la masa baby tak leh piki pasal harta...kalau tak..tobat la nak dapat anak lepas nih..

Angan-Angan Ketika Kanak-Kanak

Kanak-kanak tuh kira umornya dalam 12 tahun ke bawah la ek??..ye la kan...kalau pegi tempat yang agak-agak merbahaya sket and memerlukan pengawasan mak bapak nih mesti letak sign board "kanak-kanak bawah 12 tahun perlu mendapat pengawasan daripada ibu-bapa"..lebih kurang la..so, ketika usia macam nih...diorang mesti dah ada angan-angan jugak kan...cuma angan-angan diorang nih pelik sikit..maklum la...kanak-kanak la katakan...cepat terpengaruh...berangan nak jadik superman la, batman la, keluang man la, spiderman la dan lain-lain lagi...bukan tuh je...kalau g skolah kan mesti konfom-konfom cikgu bagi banyak homework...disebabkan tabiat bebudak skolah yang pemalas nak buat keje skolah nih..diorang mesti ada angan-angan andaikata bangun pagi esok..bila pegi skolah, cikgu cek keje skolah dah siap..padahal tak buat pon...angan-angan tetap angan-angan..

Angan-Angan Ketika Remaja

Remaja plak dikategorikan 18 tahun kebawah la kot rasanya...masa nih angan-angan diorang dah berubah dah...dah menjadi logik siket berbanding time kanak-kanak dulu..antara angan-angan diorang ialah nak jadik top student kat skolah dengan mendapat lebih 8A PMR dan lebih 11 A1 dalam SPM dengan usaha yang siket serta enjoyable...selain tuh..bila dah berangan jadik student yang genius..mesti berangan masa depan yang cerah plak...dapat keje bagus..gaji ratus-ratus ribu sbulan..fuhh...sakan meleleh air liur time pandang langit tuh...selain tuh time korang remaja nih la korang nak begaya sakan...g skolah bukan main melawa.....perfume sbotol sehari...bila dh dapat awek..mesti berangan dapat kawen ngan dia kan...indahnya waktu tuh...tapi jangan berangan buat benda tak baek ngan dia udah la...

Angan-Angan Ketika Dewasa

Yang remaja mesti akan jadi dewasa...bila dh dewasa and dah kerja...mesti ada simpan angan-angan nak jadi kaya...yang miskin nak jadi kaya, yang dah kaya nak bertambah-tambah kaya..(memang tamak), yang dah berbini pulak berharap dapat tambah bini lagi..ish3..bagi si isteri plak mesti berharap laki dia akan bagi apa saja harta benda kat dia...kalau boleh wasiatkan segala harta benda atas nama si isteri..hikhikhik...bagi yang belum kahwin and nak kahwin...mesti diorang nak majlis kenduri diorang yang grand pnya...maklum la..sekali seumur hidup...betul ke sekali...kot-kot laki tuh gatai nak kawen lagi...boleh jadik 3 4 majlis kawin jugak kan...??..tapi tak semeriah majlis kawen yang 1st la...sebab tak nak bini 1st taw si laki nih kawen lagi...zzzZZZ


Angan-Angan Ketika Tua

Bila dah tua...dah ada anak cucu..mesti korang berharap dapat cucu yang tak menyusahkan hidup korang...asal balik je kampung..si cucu-cucu nih g keja ayam, patahkan kaki diorang...kesian kat ayam-ayam yang tak bersalah tuh..selain tuh bila dah tua mesti nak anak-anak yang boleh diharap, pandai jaga hati dan diri, dan tak menyusahkan...selain tuh bila dh tua pon harap jugak anak-anak tak campak korang ke rumah orang tua-tua...aku tak sanggup nak buat macam tuh kat mak bapak aku..


Angan-Angan Ketika Dalam Kubur

Mak aihh...dalam kubur pon ada angan-angan jugak..??..tapi kalau dalam kubur pon boleh berangan...mesti korang harap dapat jawab smua soklan kubur dengan jayanya...tapi tak semudah tuh kalau amalan kat dunia pon terok....selain tuh bila dalam kubur mesti korang berharap dapat kembali balek kat dunia nak buat banyak amal..tapi smua tuh dh terlambat dh...nyesal dulu pendapatan...nyesal kemudian tanggung la sendri....!!!..orang nasihat tak nak dengaq...!!!

December 14, 2010

Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Fakta

Simptom sinusitis

1) Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.

2) Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.

3) Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.

4) Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.

5) Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.

6) Pening kepala.

7) Hidung tersumbat.

8) Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.

9) Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.

10) Demam atau rasa tidak sedap badan.

11) Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

12) Kurang deria rasa atau bau.

13) Kelesuan

December 12, 2010

Anak Ibarat Kain Putih

hye!!...korang tau tak citer Macam-Macam Aznil...???



Aku ingat citer nih boring..tapi bila tengok best pulak...aku suka segment bersama anakku tuh...budak-budak dia comel sangat...mula-mula tengok..aku rasa kelakar pulak...ye la kan...si Aznil nih tanya soalan kat budak-budak nih..tapi lain ditanya..lain yang dijawab...huhuh...lagi satu budak-budak nih memang aktif sangat...seronoknya jadi budak-budak nih...piki enjoy je kan...tapi bila dah tengok banyak kali...baru aku perasan something kat budak-budak nih...rata-rata budak kecik dalam usia 7 ke 10 tahun je pon.....aku nampak jawapan-jawapan yang diberikan kebanyakannya based on apa yang mak bapak diorang penah cakap kat diorang.....hm...jiwa dan minda anak-anak nih masih banyak lagi yang kosong...diorang pon tak berfikir panjang untuk menjawab sesuatu soalan...jawapan-jawapan daripada diorang juga kebanyakannya main lepas aje...So, kesimpulannya kat sini bukannya nak mengata diorang...cuma apa yang nak disampaikan disini adalah hidup mereka boleh dicorakkan lagi dengan warna-warna yang indah...jangan sesekali kotorkan mereka dengan warna-warna boleh menyakitkan pandangan...lindungi lah dan didik lah anak dengan sebaik mungkin kerana mereka lah pewaris generasi akan datang..mereka tuh masih dianggap rebung buluh kerana bak kata pepatah..melentur buluh biarlah daripada rebungnya...jangan biar sampai diorang jadi buluh betung...nanti dah tak boleh lentur dah...=)

Sifat Manusia

Assalamualaikum....apa yang nak diceritakan pasal sifat manusia ni eh...sifat manusia nih ada banyak...marah, sedih, sayang, cinta, kasih, dendam dan lain-lain lagi..kot-kot ada lagi sifat-sifat yang lain ke..dop tahu la...aku boleh list kan yang tuh je...huhuh..MySpace..biar aku nak merungkaikan sikit la pasal sifat manusia nih...bukannya aku tau sangat pon...aku main hentam je apa yang terlintas kat dalam kepala nih...Loud Smiley..


1) Sifat marah MySpace

apa yang ada kat sifat marah nih ha??..banyak perkara yang berlaku boleh menimbulkan sifat marah @ perasaan marah nih...contohnya kalau seseorang nih kene kutuk ngan kawan dia ke...maybe perasaan marah nih boleh timbul...maybe ada je orang yang tahan kene kutuk n caci maki dengan kata lain buat selamber deq je..selain tuh ada yang marah kalau kene pukul...marah sebab kene marah ngan cikgu...(tak baik tuh..nanti ilmu kurang)...kalau nak ikutkan banyak lagi perkara boleh menyebabkan marah...nak suruh aku bagitau karang smpai minggu depan pon tak habis...so, setiap orang pasti penah marah kan......kalau nak tahu....marah nih sebenarnya tak elok..tak bagus...bak kata orang..kalau marah nanti cepat tua...betol ke statement tuh..??..entah la..aku pon tak tahu...tp rasa-rasanya marah memang cepat tua kot..bukan orang yang marah tuh umur dia meningkat cepat...tapi expression muka orang marah nih berkerut2...huduh benornya...kita nih digalakkan tahan marah....orang yang kuat sebenarnya ialah orang yang boleh tahan kemarahannya...so, jangan piki orang yang kuat gaduh tuh kuat sangat....sebab kuat orang tak kan selamanya...nanti time diorang tua...suruh la anak korang belasah diorang...muahahah..tak pon time diorang sakit ke...so, time tuh diorang tak kuat la yer...xD...

2) Sifat Sedih

Sifat sedih nih pulak macam mana nak cakap hah...erm erm...kalau nampak muka orang macam ayam berak kapur tuh agak-agaknya tengah sedih ke???..aku pon tak tau ayam berak kapur tu macam mana...hihihi...yang aku paham la kan..sifat sedih nih hadir bila seseorang nih hilang sesuatu barangan yang dia sayang...tak pon tak dapat apa yang diidam-idamkan...ye ke??..tak pe la..nak mudah...aku bagi contoh la kan...korang ada satu barang..barang ni ambik contoh dompet la yer...mahal nih dompet..harga rm200++ brand fossil..mahal tuh...1 hari tiba-tiba korang prasan yang dompet korang hilang...wah wah...mesti korang dapat dua prasaan skaligus...1 prasaan sedih sebab dompet mahal + duit-duit di dalam dh hilang n 1 lagi perasaan marah ..kalau jumpa pencuri tu memang kene potong la hidung dia...aku akan bagi lagi dua contoh la yer...antara perasaan sedih yang lain bila korang gagal ujian memandu ke...hikhikhik...tuh memang agak frust jugak la...dah la kalau fail kene bayar..bukan free...kedekut betol skolah memandu nih...nasib baik la aku nih skali amek teros lulus...huhu..geniusnya aku......korang boleh tengok la kalau orang yang gagal ujian memandu nih camna muka dia..fuh...memang teruja ohh...rasa macam nak pergi temu bual je....giler jahat aku...last contoh ialah kalau korang hilang orang yang tersayang...ni aku rasa semua orang akan alami satu hari nanti...maybe dah ada yang dah alami...apabila orang yang disayangi dijemput Ilahi...hmm...sedih kan...dah tinggalkan dunia..tak dapat nak jumpa lagi...dapat jumpa kat akhirat aje la...insyaAllah...doa-doakan la kepada insan tersayang yang telah pergi..

3) Sifat Malu MySpace

Korang kalau tengah pakai towel kan...lepas tuh tiba-tiba towel tuh terlondeh depan orang...alahai..mesti malu kan....hikhik...tuh salah satu malu jugak la...tapi malu yang aku nak cakap nih ada la berjenis-jenis jugak...yang pertama malu bila suka dekat seseorang..maklum la...bila dah suka n jumpa..mesti la malu-malu kan..normal la tuh..kalau ada yang tak malu..maybe ada niat tak baik la tuh.....selain tuh..ada jugak orang yang malu jenis nih...malu bertanya...alahai..nih memang sifat malu yang negatif...bak kata orang..mlu bertanya sesat jalan..jangan jadi orang yang bodoh sombong..dah la bodoh bertingkat-tingkat..ditambah pulak dengan sombong berlapis-lapis.

4) Sifat Sayang

Sayang yang aku paham ada banyak jenis...sayang kepada barang-barang, sayang kepada manusia, sayang kepada alam sekitar dan sebagainya...nak huraikan macam leceh pulak...so dalam hati stiap orang nih mesti ada sifat sayang kan...tapi kebanyakannya lebih kepada manusia la kan....huhu..sayangkan ibu bapa..sayangkan bf/gf korang macam aku..ahakz...jadi...kalau anda dah disayangi...pelihara la yer..jangan hilangkan...rugi tau kalau anda hilang kasih sayang nih...

Ok la..kalau ikutkan banyak lagi sifat-sifat manusia nih...tak tau nak taip macam mana...aku main belasah je semua nih...kalau ada salah dan silap..mintak maaf yer..sifat-sifat nih adalah anugerah Allah kepada kita...kalau hilang salah satu..tak lengkap la hidup kita kan...so, bersyukur la yer...

Kurangkan Stress



Apabila kita stress dan berada di dalam keadaan yang tidak tenang seperti benci, marah, dendam, angkuh dan segala yang bersifat negatif maka badan dan otak-saraf kita terpaksa mengeluarkan bahan-bahan kimia yang dipanggil adrenaline dan cortisone.

Kimia-kimia ini wujud seperti racun (toxins) yang mempunyai empat kesan buruk iaitu:

Ø Merosakkan sel dan tisu, serta menganggu gugat fungsi pelbagai enzim dan asid amino.

Ø Mengalirkan tenaga untuk respon lawan, lari atau survival.

Ø Menggunakan terlalu banyak tenaga (glukos), vitamin, zat galian dan enzim kerana emosi negatif memerlukan lebih banyak tenaga dari emosi yang tenang.

Ø Menggunakan banyak bekalan oksigen untuk gerak-geri badan dan tubuh yang geram, muka marah serta jeritan dan perasaan keras. Dalam keadaan ini bekalan oksigen ke otak akan berkurangan.

Akibat dari kesan buruk di atas ialah:

Ø Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yang keras, kuat atau marah.

Ø Tubuh bacan, sel dan tisu mudah rosak.

Ø Mudah letih.

Ø Keuzuran lambat pulih.

Ø Susah faham, cepat lupa dan tidak mampu untuk konsentrasi.

Ø Menjadi kebiasaan untuk mudah marah, benci, dengki, jahat dan segala emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus.

Ø Susah dan sukar mendapat ketenangan.

Ø Mudah mendapat penyakit seperti darah tinggi dan jantung.

Sekarang kita sudah faham mengapa Islam menganjurkan kepada umatnya supaya banyak bersabar. Dan orang yang bersabar tempatnya ialah di sisi Allah dan menjadi hamba yang paling di kasihiNya. Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”

Surah Ali Imran: 146

Berbalik kepada perkara di atas, kita berfikir melalui fungsi dan tugas otak. Otak yang nisbah beratnya adalah 2% hingga 5% dibandingkan dengan berat badan, memerlukan lebih dari 20% nisbah bekalan oksigen. Jika berkurangan fungsi otak kita akan terjejas dan tergugat seperti mula pening, pelupa, mengantuk, pengsan, sawan, koma atau mati. Apabila kita mudah stress, marah, geram, benci dan khianat maka fungsi otak kita akan mudah terjejas.

Oleh itu, antara cara boleh meningkat kesabaran apabila menempuh pelbagai cabaran kita sama-sama praktikan cara berikut:

Ø Selalu bernafas yang mendalam (deep breathing).

Ø Bernafas secara rentak (rhythmic breathing).

Ø Sering lakukan: bernafas dalam kiraan 7; tahan nafas dengan kiraan 7, lepaskan nafas dalam kiraan 7. Ulanginya lagi.

Ø Selalu amalkan latihan bernafas di atas sambil berzikir.

Ø Berdiri dan tolak tangan dan kaki (stretch) sejauh-jauhnya (stretch body, hands and legs) bertahan dalam keadaan tersebut dalam kiraan 15-20. Ulang 3-5 kali atau lebih.

Ø Dalam keadaan duduk, kita buat latihan tekanan otot tangan, leher dan peha.

View Source

December 8, 2010

Sangat-sangat memerlukan photoshop segera!!!

Harlo....anybody...???
Aku nih nama je AJK Publisiti tapi tak buat kerja lagi pon...
Bukan pe...aku punya photoshop punya lesen dah expired...
Bukan lesen photoshop je dah expired...tp aku punya master collection dah expired...
so, kalau sesaper ada adobe master collection..hulur-hulur la yer...
aku dah penat google...memang dah dapat yang crack....tapi besau yang amat...6GB lebih.
aku rasa mau Krismas kedua baru abes download....
oleh itu aku agak berharap jugak la nak kan software tuh....MySpace

Tapi kan...aku buat keje tau..tengok nih...MySpace


Hehehehe...tapi yang nih sebenarnya aku mintak kawan aku buat kan...photoshop takde...tepaksa mintak tulung...:p

Perenggan Pertama Dunia Blog

Hohohoii....!!!..
Assalamualaikum...!!!...Hari nih hari bertuah aku sebab ini la pertama kali blogku dicipta..MySpace
Kalau ikutkan aku nih memang dah ada blog dah pon sebelum nih,atas beberapa alasan aku tak dapat teroskan..alasan-alasan berikut ialah :-

1 ) Blog aku yang sebelom nih ibarat bangunan tak siap yang akhirnya runtuh jua....sob3...MySpace

2 ) Aku nih bukannya otak geliga macam orang pompuan yang banyak betul idea nak mnaip..

3 ) Aku nih mmg pemalas yang amat nak taip blog...tak tahu la brapa % daripada diri aku nih berkeupayaan untuk mengupdate blog...

4 ) Yang keempat nih agak ketara jugak la sebabnya...Aku tak reti nak decorate blog...itu pon aku minx cik hanis jantung pisang intan payung aku tolong ajarkan..."ajarkan" yer..bukan "buatkan"..so, maknanya blog aku nih still hasil titik peluh aku....

So, statement-statement kat atas tuh la yang membuatkan blog aku tak beroperasi...Aku harap lepas nih aku dapat la memanjangkan lagi expirely date blog aku nih...takpo la..banyak nih cukup la taip..laen kali plak....kan ke bleh post banyak2..hohoho...memang nampak sangat ke'noob'an aku...kekeke...okay...adioosss~~